suria

Ibu mentua mastermind buat kejutan untuk menantu... ini memang ‘rare’! “Kena tunggu berdiri di sebalik langsir... separuh kek juga dia habiskan”

Seorang ibu mentua yang membuat kek keju dan menjadikan kejutan untuk menantu dan anak lelakinya. (Gambar kecil) Nurizah Harun.

BAGI pasangan yang bakal atau sudah berkahwin pastinya menambat hati mentua menjadi lumrah.

Tambahan pula masyarakat sering dihidangkan dengan kisah-kisah mentua yang garang macam singa atau hatinya keras seperti batu.

Namun bagaimana pula ibu mentua yang menjadi mastermind membuat kejutan untuk menawan hati menantu, yang ini memang rare!

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu kekasih hantar mesej salam subuh, bro ni tak gelabah siap balas on time, “Jangan ingat anak bujang tak rajin bangun pagi”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tanpa malu saya jaja sana sini nak bagi anak-anak makan”, usahawan menangis kenangkan kereta suka duka ditemui semula

“Mak aku buat kek sebab nak kejutkan  kakak ipar aku. Anniversary dia orang yang ke-6,” menurut keterangan video di laman sosial Twitter @nasriq_asari sehingga menjadi tular.

Perkongsian mengenai seorang ibu mentua yang tular di media sosial.

Video berdurasi satu minit dan 15 saat itu menunjukkan seorang wanita bersembunyi di sebalik langsir di sebuah rumah sambil memegang sebiji kek bagi membuat kejutan untuk menantu dan anak lelakinya.

“I nak mother in law macam ni punya sporting. I akan curahkan seluruh kasing sayang yang I ada untuk dia. Why so sweet your mom?,” tulis seorang netizen.

“Weh mana nak dapat mentua baik macam mak kau ni? Kebanyakannya aku dengar mentua yang tak baik je. Nak juga nanti dapat mak mentua baik suatu hari nanti,” komen seorang lagi netizen yang memuji ibu pemuda tersebut.

Ibu mentua berkenaan, Nurizah Harun berkata, kejutan dibuat untuk menantu perempuan dan anak lelakinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-6 di sebuah homestay di Sekinchan, Kuala Selangor pada Rabu lalu.

Nurizah Harun. Foto ihsan Muhammad Nasriq Asari

Wanita berusia 57 tahun itu memberitahu, dia bersama suami merancang kejutan itu, namun anak lelakinya hanya mengetahui secara umum mengenai kek tersebut.

“Saya dan suami yang jadi mastermind. Anak lelaki saya hanya tahu saya bawa kek, tapi dia ingatkan kek untuk anak bongsu saya yang bekerja di Kuala Selangor.

“Kami saja datang bercuti di homestay, dan kebetulan saya dan suami rancang untuk buat kejutan untuk menantu dan anak,” katanya kepada mStar.

Nurizah dan suami bersama menantu-menantunya semasa bercuti di Pulau Redang, baru-baru ini.

Nurizah berkata, kejutan itu begitu mencabar kerana pada mulanya menantunya yang memandu dari Kuala Lumpur petang itu akan terus masuk ke rumah.

“Saya ingatkan menantu dah nak masuk rumah, tapi alih-alih anak saya pergi bawa menantu pusing satu kampung naik motor. Jadi, saya dan suami kena tunggu dulu.

Saya anggap menantu saya seperti anak sendiri. Sebagai ibu mentua, saya juga perlu menambat hati menantu dan semuanya dilayan sama rata.

NURIZAH

“Suami main peranan tunggu di luar rumah bagi isyarat, kalau suami angkat tangan je maksudnya anak dan menantu dah balik, dan saya buat kejutan kek.

“Bila mereka dah habis pusing dan sampai rumah, kena tunggu lagi sampai lapan minit berdiri di sebalik langsir sebab mereka pergi tengok sawah padi dengan anak-anak ikan dekat rumah tu,” kata ibu lima anak itu.

Nurizah bersama keluarga.

Pakar membuat kek dan biskut sekali gus memberikan idea buat anak jati Banting, Selangor itu membuat kejutan istimewa buat menantu dan anaknya.

Dia yang membuat kek dan biskut mengikut tempahan berkata, kesemua anaknya adalah lelaki, dan tiga daripada mereka telah berkahwin. 

“Ketiga-tiga menantu perempuan saya sukakan keju. Apa saja yang berasaskan keju mereka suka, jadi saya buat kek keju sebagai kejutan untuk menantu saya. Separuh kek juga dia habiskan,” katanya secara berseloroh.

Apa yang diharapakan Nurizah adalah menantu-menantunya menghormatinya dan suami serta keluarga.

Nurizah yang kini menetap di Felda Soeharto di Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor, Selangor bagaimanapun mengakui menyayangi kesemua menantunya.

“Saya tak ada anak perempuan, jadi saya anggap menantu saya seperti anak sendiri. Syukur saya mempunyai menantu-menantu yang baik.

“Sebagai ibu mentua, saya juga perlu menambat hati menantu dan semuanya dilayan sama rata. Saya tak minta banyak daripada menantu-menantu, yang penting mereka menghormati saya, suami dan keluarga saya,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
mentua, menantu, kek, rare

Artikel Lain