suria

Adik saksi abang tercekik 'fishball' di tadika, cikgu ingatkan sawan...“Dia hilang sekelip mata”

Dzariff (kanan) sewaktu memberi penghormatan terakhir kepada Izmir (kiri) yang juga dua pupunya.

PEMERGIAN insan tersayang terutama si kecil secara mengejut di bulan Syawal pasti memberi kesan mendalam kepada seluruh ahli keluarga.

Lebih-lebih lagi apabila keputusan bedah siasat mendapati punca kematiannya disebabkan tercekik bebola ikan.

Begitulah kisah tragis menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dalam satu insiden di sebuah tadika di Batu Caves, Khamis lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Izmir Merican Idham Merican meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

ARTIKEL BERKAITAN: "Peliknya atas baldi tu ada bekas kapur barus" - Anak Musa Hassan dedah ibu sempat letak kain kapan di ruang tamu sebelum meninggal

ARTIKEL BERKAITAN: Mengejutkan! 33 minggu dalam perut ibu koma, bayi membesar, selamat lahir walau ibu belum sedar, "Doktor kata bayi kami ajaib"

Berkongsi kisah tragis itu, Emi yang juga ibu saudara kepada Izmir memberitahu mereka sekeluarga pada awalnya sukar menerima punca kematian kanak-kanak itu.

"Saya dapat tahu daripada pak cik (datuk mangsa) kira-kira pukul 11.45 pagi. Waktu tu saya terus terkedu, terduduk dan menangis.

Tinggal kenangan... Kelihatan Izmir (kanan) seronok bermain dengan Dzariff.

"Suami pun terus tinggal kerja... pergi bersiap ambil anak dari sekolah dan kemudian terus ke rumah pakcik. Sampai sana baru tahu sebenarnya Izmir tercekik fishball.

"Kami semua in denial sebab fishball tu ingatkan kecil dan tak mungkin tercekik tapi rupa-rupanya besar. Memang besar dan sepatutnya kena potong," katanya kepada mStar.

Jelas Emi kejadian berlaku ketika anak-anak pra sekolah di tadika itu sedang bersarapan.

"Saya diberitahu kejadian berlaku ketika sarapan dan hidangan pagi itu adalah mi sup. Agak terkilan jugalah.

"Bila cikgu datang dia dah menggelupur sebelum mulutnya berbuih. Tak dapat nak bayangkan keadaannya ketika itu.

"Paling sedih adik dia pun satu sekolah di situ. Dia tengok abang dia struggle, ingatkan sakit perut tapi sebaliknya berlaku," katanya.

Antara komen netizen yang bersimpati dengan insiden yang menimpa Izmir.

Emi turut terkilan dengan respons pihak pengurusan tadika terbabit semasa menangani situasi cemas berkenaan.

"Sewaktu kejadian mak ayah Izmir baru sampai pejabat. Tadika tanya mak dia sama ada Izmir ada sawan ke, mak dia cakap tak ada.

"Saya juga diberitahu mereka buat CPR tapi Izmir dah tak sedar sebab fishball tu masih tersekat. Masa ibu dia sampai hospital Izmir masih lagi diberi bantuan CPR.

"Waktu tu badan di masih panas. Lepas stop CPR... terus sejuk. Macam tak boleh ikhtiar dah, nak operate pun tak sempat. Dia hilang sekelip mata," katanya.

Ibu tiga anak itu turut memberitahu mereka sekeluarga sepatutnya pergi beraya ke rumah keluarga Izmir hujung minggu lalu.

Patutnya minggu ni kami pergi beraya rumah mereka. Beriya ajak Dzariff datang rumah. Dia macam dapat rasa dia nak pergi. Bila Dzariff datang tengok Izmir tak ada.

EMI

"Baru minggu lepas mereka datang beraya ke rumah kami. Dok nampak muka dia seronok main dengan anak saya (Dzariff).

"Mulut ni tak habis puji Izmir ni comel geram tengok pipi putih gebu dia. Tengok Allah marah puji lebih-lebih. Subhanallah tersentak sangat.

"Patutnya minggu ni kami pergi beraya rumah mereka. Beriya ajak Dzariff datang rumah. Dia macam dapat rasa dia nak pergi. Bila Dzariff datang tengok Izmir tak ada.

"Dzariff masuk tengok jenazah Izmir, dia lari keluar peluk saya. Dia nangis. Walaupun dia baru enam tahun tapi dia tahu Izmir dah tak ada," katanya sebak.

Dalam pada itu, Emi turut mendedahkan perubahan sikap Izmir sebelum kejadian tersebut.

"Minggu lepas masa nak bagi dia duit raya dia tak nak ambil. Mak dia ada kata semua rumah dia buat macam tu.

Pemergian Izmir ternyata memberi kesan kepada Dzariff dan juga ahli keluarga mereka.

"Mak dia pun cakap pelik sebab semua budak suka bila dapat duit raya," katanya.

Selepas insiden itu, Emi berharap agar kisah tragis ini dapat menjadi pengajaran dan membuka mata orang ramai.

"Jangan ambil remeh. Sepatutnya haramkan terus makanan seperti fishball, buah anggur dan rambutan di sekolah.

"Kalau tidak kes seperti ini tidak mustahil akan berulang lagi pada masa hadapan," katanya yang turut menggesa pihak tadika atau sekolah perlu diajar cara untuk menangani situasi kecemasan seperti kes tercekik makanan.

Emi berkata jenazah Izmir selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Sungai Tua, Batu Caves selepas Maghrib, Khamis lalu.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p


Artikel Berkaitan

Artikel Lain