suria

“Ngeri tengok... tolonglah hargai ibu dan isteri anda!” replika kemaluan berjahit selepas bersalin cetus pelbagai reaksi

Ramai menghargai keperitan kaum wanita melahirkan anak. Foto AFP

MEDIA sosial kini tular dengan perkongsian mengenai proses kelahiran yang menunjukkan bagaimana seorang wanita itu berhadapan dengan situasi selepas bersalin.

Menurut keterangan itu, ia memaklumkan perkongsian tersebut sebagai kesedaran kepada kaum lelaki mengenai betapa perit dan sakitnya wanita melahirkan anak.

“Lelaki kena tahu. Sesungguhnya, sakit nak melahirkan anak ada tiga fasa – sakit kontraksi, sakit masa meneran dan sakit masa kena jahit.

“Tapi, tetap perempuan sanggup melahirkan anak lagi dan lagi. Jadi, tolonglah... hargailah isteri anda,” katanya.

Perkongsian tersebut turut dimuat naik sekeping gambar replika kemaluan wanita selepas melahirkan anak dengan kesan jahitan.

“Ni kalau beranak and bayi tak muat nak keluar kemudian doktor kena potong sikit, selepas potong tu jahit balik lah. Tapi kalau normal beranak tak perlu jahit macam ni.

“Mak aku beranak tujuh kali. Semua normal, alhamdullillah. Aku cakap kat mak – tak nk anak ramai-ramai, sakit. Mak jawab - baru tiga, mak tujuh orang dah. Huhuhu respek sangat!,” tambah kenyataan itu di sebuah halaman grup Facebook sehingga dikongsi lebih 1,000 kali.

Gambar replika kemaluan berserta perkongsian mengenai kesakitan melahirkan anak tular di media sosial.

Perkongsian tersebut menimbulkan pelbagai reaksi sehingga membuatkan kaum wanita berasa trauma untuk merasai pengalaman melahirkan anak.

“Ngeri kalau tengok... bila teringat balik.. Ya Allah takutnya nak bersalin lagi. Dua anak sakitnya lain-lain. Memang layak syurga di bawah telapak kaki ibu. Hargailah ibu dan isteri anda,” kata seorang netizen.

“Trauma sangat. Dah empat kali bersalin normal. Empat kali juga kena jahit. Jahit tanpa bius pula tu. Macam nak tutup ‘kilang’ dah. Dah bosan kena jahit,” ujar seorang wanita.

“Tengok ni... seriau rasa. Terima kasih mak sudi melahirkan kak dan adik, abang-abang. Sayang nak ayah dunia akhir,” kata seorang netizen sebagai penghargaan kepada ibu bapa yang membesarkannya dan adik-beradik lain.

Antara komen netizen di laman sosial.

Namun segelintir netizen menyifatkan gambar replika kemaluan tersebut tidak wajar dipaparkan kepada umum meskipun bertujuan untuk memberi kesedaran.

“Rasa macam tak sesuai kongsi gambar ni walaupun replika. Kena tapis sikit. Apapun fobia juga tengoknya,” kata seorang netizen.

Malah, ada yang berpendapat gambar tersebut mengaibkan kaum wanita.

“Malu lah, kat FB (Facebook) nak tunjuk gambar macam ni,” kata seorang netizen.

“Buat malu kaum hawa. Ingat tak ada maruah ke? Suka-suka tunjuk macam tu,” kata seorang wanita berserta dengan emoji marah.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
bersalin, kemaluan

Artikel Lain