suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dia bukan tak sekolah” - Shahidan ‘back up’ Sanusi, tuduhan ucapan berbaur perkauman diputar belit pihak tertentu

Shahidan mengulas mengenai ucapan Sanusi yang dianggap disalah tafsir.

PEMIMPIN Perikatan Nasional (PN) menepis dakwaan ucapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berbaur perkauman, sebaliknya menyifatkan kenyataan itu telah disalah tafsir dan diputar belit oleh pihak tertentu.

Pengerusi PN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tidak munasabah untuk mendakwa Sanusi mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman memandangkan parti itu sendiri mendapat sokongan daripada pelbagai kaum termasuk masyarakat Cina, India dan Siam.

"Tak akan Sanusi nak cakap perkauman. Dia pun bukan manusia yang tak mengaji sekolah (berpelajaran).

"Kami ada pengundi orang Cina, India dan kaum-kaum lain, termasuk masyarakat Siam," katanya menerusi video yang dimuat naik di akaun media sosialnya pada Isnin.

Shahidan yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, masyarakat pelbagai kaum di negeri-negeri yang ditadbir PN hidup dalam suasana aman dan harmoni tanpa sebarang masalah.

Menurutnya, di Perlis, kira-kira 85 peratus penduduk terdiri daripada Bumiputera, manakala sekitar 10 peratus adalah masyarakat Cina dan selebihnya kaum India.

"Di Perlis kami hidup aman dan damai, tidak ada masalah. Di Kedah pun orang India dan Cina hidup aman dan damai.

"Begitu juga di Kelantan yang sering diperkatakan. Orang Cina dan penganut Buddha hidup aman. Patung Buddha tidur yang besar juga berada di Kelantan, pernahkah kerajaan negeri mengganggu atau mengambil tindakan terhadapnya," ujarnya.

Shahidan menjelaskan ucapan Sanusi hanya merujuk kepada hakikat bahawa setiap bangsa mempunyai negara masing-masing, bukannya menggesa mana-mana kaum meninggalkan Malaysia seperti didakwa.

"Beliau sebut tentang bangsa-bangsa di dunia ada negaranya. Jadi kita semua rakyat Malaysia, negara kita ialah Malaysia. Jangan putar belit kenyataan itu," katanya.

Ahli Parlimen Arau itu turut mendakwa terdapat pemimpin tertentu yang mengaitkan ucapan berkenaan dengan sentimen perkauman sehingga mencetuskan polemik tidak sepatutnya.

Katanya, dia telah meneliti sendiri ucapan penuh Sanusi dan mendapati kenyataan tersebut tidak membawa maksud menghina atau menolak mana-mana kaum.

"Saya tengok sendiri ucapannya. Tak salah orang Melayu bersatu-padu, tak salah orang Cina bersatu-padu, tak salah orang India bersatu-padu, yang penting kita semua hidup dalam keadaan aman dan damai," jelasnya.

Artikel Lain