suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami Nancy Shukri meninggal dunia

Allahyarham merupakan suami kepada Nancy.

SUAMI kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari, meninggal dunia pada Khamis.

Berita itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan media yang diedarkan pada petang Khamis.

Bagaimanapun, punca kematian Allahyarham tidak dinyatakan.

"Dengan penuh rasa sedih dan dukacitanya dimaklumkan Datuk Kamil Misuari, suami kepada Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Santubong, telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi," menurut kenyataan itu.

Allahyarham yang berusia 65 tahun mendirikan rumah tangga dengan Nancy pada 1985.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Artikel Lain