suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berita baik! Bayaran STR Fasa 4 diawalkan, diskaun tol 2 hari sempena Deepavali

Bayaran STR Fasa 4 akan disalurkan pada 18 Oktober ini. -Gambar hiasan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa meskipun angka-angka ekonomi negara menunjukkan perkembangan positif, kerajaan tetap mengakui realiti peningkatan kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat.

Atas keprihatinan terhadap golongan berpendapatan rendah, beliau mengumumkan peningkatan bantuan tunai rakyat, merangkumi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

"Tahun ini, kerajaan menyediakan RM13 bilion untuk STR dan SARA yang memanfaat hampir sembilan juta penerima. Bagi STR, bayaran sehingga Fasa 3 telah dibuat, bernilai RM6 bilion.

"Sukacita diumumkan, sempena perayaan Deepavali oleh kaum India, bayaran STR Fasa 4 2025, yang dijadualkan untuk bulan November dan bernilai RM2 bilion, diawalkan dan disalurkan mulai 18 Oktober," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Beliau yang juga menteri kewangan turut mengumumkan kerajaan bersetuju meluluskan diskaun tol 50 peratus untuk dua hari sempena hari perayaan Deepavali.

Artikel Lain