HASIL simulasi polis mendapati keadaan jatuh tanpa melibatkan sebarang tolakan adalah paling hampir dengan posisi pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir ketika ditemukan di blok asrama.Saksi kelima inkues Zara, Inspektor Maidon Bernandus dari Jabatan Siasatan Jenayah (D10) Ibu Pejabat Polis Sabah memberitahu ujian tersebut dilakukan sekitar pukul 3 pagi pada 3 Ogos lalu di lokasi kejadian. Beliau memaklumkan kepada Mahkamah Koroner di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bahawa simulasi itu dijalankan bersama pegawai penyiasat, empat lagi anggota D10 Sabah, wakil polis daerah Papar serta warden asrama.ARTIKEL BERKAITAN: Zara Qairina tak sedarkan diri ketika tiba di hospital... Tiada kesan lebam, dera pada tubuh - Doktor"Simulasi dibuat dari koridor berhampiran pintu tandas tingkat tiga menggunakan patung seberat 10 kilogram (kg) yang dipasang pemberat tambahan sehingga 53kg, menyamai anggaran berat mangsa."Patung itu dilepaskan dengan dua senario iaitu pertama tanpa ditolak dan kedua dengan tolakan minimum," katanya.Tambahnya lagi, simulasi pertama didapati paling sepadan dengan gambar tempat kejadian dan posisi si mati ditemukan di atas tanah blok asrama pada 16 Julai lalu. -The Star