suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Padah tumbuk muka guru, pelajar tingkatan 2 ditahan polis... Tak puas hati ditegur ponteng kelas

Tangkap layar video yang tular di media sosial.

SEORANG pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan polis selepas dipercayai menumbuk dan mengugut gurunya.

Kejadian berlaku dalam kawasan sebuah sekolah menengah di Kajang, Selangor pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof, pelajar itu tidak berpuas hati selepas ditegur guru berkenaan kerana tidak menghadiri kelas Pendidikan Jasmani (PJ).

"Susulan teguran, berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa sebelum pelajar itu bertindak menumbuk muka guru berkenaan dan mengeluarkan ugutan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Kejadian melibatkan guru lelaki berusia 29 tahun itu turut disaksikan beberapa rakan sekerjanya serta pelajar lain.

Guru itu membuat laporan polis kira-kira pukul 7.15 malam, Selasa.

"Suspek kemudiannya ditahan di sekitar Kajang," menurut kenyataan itu lagi.

Tambah Naazron, pelajar itu direman dua hari bagi membantu siasatan dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang pada Rabu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Terdahulu, video insiden [Tonton Video] itu tular di media sosial sehingga menerima pelbagai komen netizen.

Rata-rata netizen turut mengecam sikap biadab pelajar berkenaan yang berani melawan gurunya sendiri.

 

Artikel Lain