suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tumbuk muka cikgu, pelajar 14 tahun mengaku salah

Video yang tular memaparkan insiden seorang pelajar menumbuk guru lelaki dalam kejadian pada 28 Julai lalu.

SEORANG pelajar berusia 14 tahun yang videonya tular kerana menumbuk gurunya, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang atas pertuduhan menyebabkan kecederaan.

Pelajar tersebut membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fatin Dayana Jalil, lapor Sinar Harian.

Prosiding dijalankan secara tertutup memandangkan tertuduh masih di bawah umur.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah tumbuk muka guru, pelajar tingkatan 2 ditahan polis... Tak puas hati ditegur ponteng kelas

Mahkamah menetapkan 11 September depan sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang guru lelaki berusia 29 tahun di sebuah sekolah menengah kira-kira pukul 4.48 petang, 28 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Difahamkan pelajar berkenaan bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati selepas ditegur guru berkenaan kerana tidak menghadiri kelas Pendidikan Jasmani (PJ).

 

Artikel Lain