suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M dibenar keluar IJN

Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari IJN selepas menjalani tempoh rehat yang singkat.

SELEPAS menjalani tempoh rehat yang singkat, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang dari Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 4.45 petang, Ahad.

Terdahulu, pembantu kepada bekas perdana menteri itu, Sufi Yusoff, mengesahkan Dr Mahathir dimasukkan ke IJN sekitar pukul 10 pagi akibat mengalami keletihan selepas menghadiri program Picnic & Potluck di Putrajaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M tinggalkan majlis lebih awal akibat keletihan, kini berehat di IJN

Dr Mahathir menghadiri program berkenaan sempena sambutan kelahiran ke-100 beliau pada 10 Julai lalu, serta ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Beliau yang memandu sendiri tiba pada pukul 7.45 pagi sebelum mengayuh basikal secara 'tandem' di sekitar Tasik Putrajaya.

Selepas menamatkan kayuhan, beliau dilihat keletihan dan duduk berehat di kerusi seketika sebelum menjamah sarapan yang disediakan.

Dr Mahathir meninggalkan majlis berkenaan lebih awal dan dimasukkan ke IJN untuk menjalani rehat. -The Star

 

Artikel Lain