suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M tinggalkan majlis lebih awal akibat keletihan, kini berehat di IJN

Tun Dr Mahathir sedang berehat seketika selepas menamatkan kayuhan basikal secara 'tandem' pada program Picnic & Potluck di Putrajaya, pagi Ahad.

TUN Dr Mahathir Mohamad dilaporkan mengalami keletihan dan kini sedang berehat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas menghadiri program Picnic & Potluck di Putrajaya, pada pagi Ahad.

Perkara berkenaan disahkan oleh pembantu kepada bekas perdana menteri itu, Sufi Yusoff kepada Astro Awani. 

Menurut Sufi, Dr Mahathir meninggalkan majlis berkenaan lebih awal dan dimasukkan ke IJN sekitar pukul 10 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Genap seabad usia... Ini rahsia Tun M kekal sihat, cergas pada umur 100 tahun

"Keadaannya okay, cuma beliau diminta berehat dan kini berada di IJN," katanya sambil menambah Dr Mahathir dijangka keluar dari IJN pada petang ini.

Terdahulu, Dr Mahathir menghadiri program Picnic & Potluck sempena sambutan kelahiran ke-100 beliau pada 10 Julai lalu, serta ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Beliau yang memandu sendiri tiba pada pukul 7.45 pagi sebelum mengayuh basikal secara 'tandem' di sekitar Tasik Putrajaya.

Selepas menamatkan kayuhan, beliau dilihat keletihan dan duduk berehat di kerusi seketika sebelum menjamah sarapan yang disediakan.

Video memaparkan Dr Mahathir yang sedang berehat di kerusi menjadi tular dengan warga maya meluahkan keprihatinan terhadap kesihatan bekas perdana tersebut selain menitipkan doa memohon kesihatan dan kesejahteraan beliau.

Artikel Lain