suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengguna FB hina Agong, PM dan PDRM… Polis buka kertas siasatan

PDRM tidak berkompromi dengan sebarang hantaran jelik yang menyentuh sensitiviti. -Gambar hiasan

POLIS membuka siasatan berhubung satu hantaran jelik tular di media sosial kerana menghina institusi diraja serta Perdana Menteri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Kelantan, Assisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung hantaran tersebut.

"Pihak kami sudah menerima laporan berkaitan kes itu. Ia masih dalam siasatan. Selanjutnya kita akan maklumkan kemudian," ujarnya ringkas ketika dihubungi mStar.

Tambah Mohd Rosdi, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, seorang pengguna Facebook didakwa membuat hantaran menggunakan kata-kata kesat, lucah dan provokatif yang mempertikaikan tindakan PDRM dalam memerangi kes dadah di Kelantan.

Selain menuduh PDRM mengamalkan rasuah, individu itu juga didakwa menggunakan kata-kata kesat terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran sama, individu itu turut mempersoalkan tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Selain individu itu, beberapa pengguna Facebook yang lain turut meninggalkan komen kata-kata kesat di hantaran berkenaan.

Artikel Lain