suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis reman isteri suspek ditembak mati, rampas pistol dalam kediaman

Isteri lelaki ditembak mati di Sungai Petani ditahan selama tujuh hari.

POLIS menahan isteri kepada seorang lelaki yang maut ditembak dalam kejadian berbalas tembakan di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, wanita berusia lingkungan 20-an itu ditahan di rumah sewa yang terletak berhampiran lokasi kejadian.

Turut dirampas adalah sepucuk pistol yang berada dalam kediaman berkenaan.

Susulan itu, suspek direman selama tujuh hari bermula Ahad sehingga 12 Julai bagi membantu siasatan.

Pada Sabtu, seorang lelaki berusia 34 tahun dilaporkan maut selepas berbalas tembakan dengan pasukan polis sekitar pukul 7.50 malam.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan dua lagi individu yang ditembak mati dalam kejadian di Jitra, Kedah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Artikel Lain