suria

Budak perempuan OKU mati didera: Bapa tiri, ibu kandung direman tujuh hari

Pasangan terbabit direman selama tujuh hari.

PASANGAN suami isteri yang disyaki mendera kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) fizikal, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Sharda Sheinha Mohd Suleiman di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Selasa.

Berdasarkan perintah yang dikeluarkan, bapa tiri mangsa yang berumur 36 tahun dan ibu kandung, 38, direman sehingga 30 Jun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaki patah, badan lebam... Kanak-kanak perempuan mati disyaki didera bapa tiri

Perintah ini sejajar permohonan reman yang dibuat pegawai penyiasat polis mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, mangsa adalah anak kedua daripada tiga beradik termasuk seorang adik tiri berusia tiga tahun hasil perkahwinan baharu wanita itu bersama lelaki terbabit yang bekerja di kedai makan.

Untuk rekod, mangsa yang berusia sembilan tahun disahkan meninggal dunia selepas disyaki menjadi mangsa penderaan bapa tirinya di kediaman mereka di Taman Kota Laksamana, Melaka Tengah, Melaka.

Berdasarkan hasil laporan perubatan, mangsa mengalami patah kaki selain terdapat lebam di kepala dan badan.

Artikel Lain