suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru wanita ditemukan meninggal dunia di rumah, rungkai tanda tanya tak hadir ke sekolah

Siasatan awal pihak polis mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). -Gambar hiasan

TANDA tanya mengenai ketidakhadiran seorang guru wanita ke sekolah akhirnya terjawab selepas dia ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Taman Satelit, Bahau, Negeri Sembilan, pagi Isnin.

Kejadian disedari apabila mangsa yang berusia 55 tahun gagal dihubungi pihak sekolah menyebabkan salah seorang guru bertindak pergi ke rumahnya untuk membuat pemeriksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru, anak lelaki ditemukan maut di ruang tamu dipercayai dibunuh

Guru berkenaan yang curiga kemudian menghubungi bomba untuk membantu membuka pintu kediaman mangsa, lapor Sinar Harian

Setibanya di lokasi, pasukan bomba berjaya membuka pintu rumah dan menemukan mangsa dalam keadaan tidak bernyawa.

Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, mangsa mempunyai rekod penyakit jantung dan pernah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar mengesahkan siasatan awal pihak polis mendapati tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel Lain