suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru, anak lelaki ditemukan maut di ruang tamu dipercayai dibunuh

Dua beranak ditemukan maut dipercayai dibunuh di kediaman mereka di Melaka. -Foto FB

SEORANG guru wanita dan anak lelakinya ditemukan maut dalam keadaan menyayat hati di kediaman mereka di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, Melaka dalam kejadian awal pagi Khamis.

Mangsa yang merupakan seorang ibu tunggal bermumur 51 tahun dipercayai dibunuh bersama anak sulungnya berumur 21 tahun dalam kejadian sekitar pukul 6 pagi. 

Kedua-duanya ditemukan tidak bernyawa di kediaman satu tingkat mereka di bahagian ruang tamu.

Lebih memilukan, seorang lagi anak mangsa yang berumur 13 tahun ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di bahagian garaj rumah.

Menurut laporan, setakat pukul 9 pagi, pasukan forensik masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian yang diketuai Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Eu Kee Leong.

 

Artikel Lain