suria

“Pakcik cakap kena kiss dia” - Pemandu minta nak cium dan dicium budak sekolah, ibu kecewa kes diklasifikasikan NFA

Kanak-kanak perempuan ini didakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pemandu.

IBU mana yang sanggup melihat anak perempuannya menjadi mangsa eksploitasi seksual tidak kiralah perbuatan jijik itu dilakukan oleh orang luar atau individu dikenali.

Dalam pendedahan terbaharu yang dibuat oleh penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan, Caprice, seorang wanita mendakwa anak perempuannya menjadi mangsa gangguan seksual seorang pemandu murid sekolah.    

Wanita tersebut berkata, dia sudah membuat laporan polis namun kecewa apabila mendapat tahu kes melibatkan anaknya diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).  

"Anak perempuan saya kena cium dengan transporter. Saya dah buat laporan polis. 

"Anak saya perlu menjalani pelbagai proses sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard tapi keputusannya? NFA," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah bau tanah tapi tak sedar diri!” - Netizen ‘serang’ grup FB pedofilia, terkejut tengok foto gadis sekolah jadi ‘modal’ komen lucah

Menerusi video yang dihantar wanita berkenaan dan kemudian dimuat naik oleh Caprice, kedengaran dia sedang bertanya situasi dialami anak perempuannya yang dipercayai berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan tahun.  

"Bila nak balik, pakcik tu cakap kena kiss dia dalam kereta. Dekat pipi. Pakcik kiss saya. Tapi saya boleh kiss dia juga," jawab kanak-kanak perempuan itu.

Kisah kanak-kanak ini dikongsikan sendiri oleh ibunya kepada Caprice.

Ketika ditanya lebih lanjut, kanak-kanak tersebut mengakui pernah mencium lelaki yang dipanggil 'pakcik' itu ketika tiada pelajar lain di dalam kereta.  

Tambah kanak-kanak itu lagi, 'pakcik' melakukan perbuatan berkenaan terhadapnya di dalam kereta kena bimbang dilihat orang lain.

"Sebab malu, pakcik cakap nanti malu pula," katanya lagi.

Sementara itu Caprice dalam hantarannya berkata, perkongsian tersebut bertujuan untuk mengetengahkan kes berkenaan dan mencari kemungkinan terdapat ramai lagi kanak-kanak yang menjadi mangsa kepada 'pakcik' berkenaan.

"Kita tengah cari mangsa-mangsa lain untuk berani ke depan supaya we can build a stronger case.

"Pelaku atau suspek dalam kes ni masih bebas, dan masih bawa budak sekolah sampai hari ni," ujarnya.

Dalam masa yang sama, Caprice turut menitipkan pesanan agar ibu bapa bersikap lebih prihatin dalam memantau anak masing-masing.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya berharap agar pelaku dapat diheret segera ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal dengan perbuatannya. 

 

Artikel Lain