suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nahas Gerik: Permit syarikat bas dibatalkan serta-merta

Kemalangan pada awal pagi Isnin lalu mengorbankan nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

KEMENTERIAN Pengangkutan telah membatalkan semua permit syarikat pengendali bas persiaran yang terlibat dalam nahas di Gerik, pada awal pagi Isnin.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam sidang media pada Rabu berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan siasatan awal mendapati pengendali yang berpangkalan di Kedah itu memajak permit bas berkenaan kepada individu berbeza di Kelantan dengan bayaran RM500 sebulan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bersabarlah sedikit...” - Polis minta pemandu bas tidak keluarkan kenyataan

Ujarnya, perkara berkenaan menyalahi undang-undang dan perjanjian yang telah dibuat oleh pemilik permit itu sebelum ini dengan Kementerian Pelancongan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

Loke juga berkata, selain itu, pemilik bas tersebut gagal memberikan laporan data GPS apabila diminta pihak berkuasa kerana peranti itu tidak diaktifkan.

"Jadi ini dua syarat besar yang sepatutnya disediakan pengendali namun mereka gagal.

"Oleh itu, semua permit kenderaan yang dimiliki oleh pengendali akan dibatalkan, dan sebarang rayuan yang dibuat tidak akan diterima," katanya lagi. 

Artikel Lain