SEORANG kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut selepas disyaki menjadi mangsa penderaan bapa tirinya di kediaman mereka di Taman Kota Laksamana, Melaka Tengah.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian tersebut terbongkar selepas pihak polis menerima panggilan dari sebuah hospital swasta yang melaporkan kes penderaan terhadap mangsa, kira-kira pukul 9.45 pagi Isnin.
ARTIKEL BERKAITAN: Sampai berbirat! Budak perempuan 11 tahun teruk didera ibu bapa, tubuh badan ada kesan kena air panas
Menurut beliau, pemeriksaan oleh doktor mendapati mangsa mengalami patah kaki selain terdapat lebam di kepala dan badan.
Malangnya, kanak-kanak tersebut meninggal dunia di wad kecemasan hospital beberapa minit selepas tiba untuk mendapatkan rawatan.
Beliau menambah polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh dan akan mengemas kini perkembangan terkini sebaik sahaja siasatan selesai. -The Star