suria

Jurusolek tak mengaku hisap ‘anu’ pelakon tanpa rela

Jurusolek mengaku tidak bersalah atas tuduhan amang seksual tersebut.

SEORANG jurusolek lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang pelakon lelaki dalam kejadian pada 17 Januari lalu

Tertuduh, Saril Sarip, 42, yang juga pemilik salun dan tukang gunting rambut mengaku tidak bersalah pada Khamis di hadapan Hakim Haderiah Siri selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Menurut pertuduhan, Saril didakwa melakukan perbuatan yang bertentangan dengan aturan tabii itu dengan memasukkan kemaluan mangsa berusia 18 tahun ke dalam mulutnya tanpa kerelaan, dengan meletakkan ketakutan kecederaan terhadapnya.

Kejadian tersebut didakwa berlaku di salun milik tertuduh yang terletak di Taman Tasik Utama, Melaka Tengah, kira-kira pukul 4.15 petang.

Berdasarkan Seksyen 377C Kanun Keseksaan, kesalahan ini memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon pergi salon dandan rambut terkedu ‘anu’ dihisap, jurusolek direman 7 hari

Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ali Hussain, menawarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, serta syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi.

Selain itu tertuduh perlu melapor diri setiap bulan di Balai Polis Durian Tunggal sehingga kes selesai.

Bagaimanapun peguam bela tertuduh, L Sharveen, merayu agar jaminan dikurangkan kerana anak guamnya masih bujang serta hanya memperoleh pendapatan sekitar RM2,000 hingga RM2,500 sebulan melalui perniagaan kedai gunting rambutnya di Ayer Keroh.

Selain itu, tertuduh juga perlu menyara ibu berusia 78 tahun yang menghidap darah tinggi dan masalah usus, serta menjaga kakaknya yang tidak bekerja.

Selepas mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak, Hakim Haderiah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan seperti yang dipohon pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 24 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Artikel Lain