suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita disaman JPJ kerana ‘WANI’, hadiah daripada suami jadi punca

Seorang pemandu wanita ditahan kerana memaparkan nombor plat kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi. -Foto FB JPJ Negeri Kedah

GARA-GARA memaparkan nombor plat kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi, seorang wanita dikenakan tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah ketika rondaan rutin penguatkuasaan.

Menerusi hantaran Facebook JPJ Negeri Kedah, kereta model Honda City yang dipandu wanita berkenaan ditahan di KM49.5 Lebuhraya Utara Selatan (plus) arah utara atas kesalahan melanggar peraturan jalan raya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh pemandu bas enggan beri kerjasama ketika ditahan, JPJ sahkan penguat kuasa tak perlu pakai uniform semasa operasi

"Pemandu wanita yang juga merupakan pemilik kenderaan tersebut mengakui bahawa nombor pendaftaran itu adalah hadiah daripada suaminya sempena namanya," tulis pengendali akaun berkenaan.

Berdasarkan beberapa keping gambar yang dimuat naik bersama hantaran tersebut, nombor pendaftaran asal kenderaan berkenaan adalah W4171 dan kelihatan seperti perkataan iaitu 'WANI'.

wani 2

Anggota JPJ Kedah menahan kenderaan berkenaan ketika rondaan rutin penguatkuasaan.

Tambahnya, menurut Kaedah 6(7) Kenderaan Bermotor (Pendaftaran & Pelesenan) 1959, jika mana-mana individu didapati bersalah boleh dikompaun tidak lebih tiga ratus ringgit.

"Anggota penguatkuasa mengeluarkan notis JPJ (P)22 dan notis arah periksa kenderaan di bawah seksyen 61(1) APJ 1987.

"JPJ Negeri Kedah menegaskan bahawa tindakan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar peraturan jalan raya, tanpa mengira alasan atau niat di sebalik kesalahan tersebut," tulisnya lagi.

Artikel Lain