suria

Reman ibu bapa Zayn Rayyan akan disambung

Ibu bapa Zayn Rayyan direman bagi membantu siasatan.

PERINTAH reman terhadap ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, akan disambung bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

"Ya, reman akan disambung esok," katanya.

Pada 31 Mei lalu, kedua-duanya ditahan di Puncak Alam, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa Zayn Rayyan direman 7 hari

Selain ibu bapa Zayn Rayyan, polis turut memanggil tiga individu, termasuk bekas pengasuh kanak-kanak autisme itu.

Untuk rekod, Zayn Rayyan, 6, ditemukan meninggal dunia di sebatang anak sungai pada malam 6 Disember, sehari selepas dia dilaporkan hilang di kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai.

Laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada 7 Disember mengesahkan kanak-kanak itu mati dibunuh kerana terdapat kesan kecederaan pada leher serta badannya. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain