suria

Pendakwaan tutup kes Mondy Tattoo dakwa dirogol Ebit Lew

Pihak pendakwaan tidak meneruskan kes rogol membabitkan Ebit dan Mondy.

PIHAK pendakwaan tidak berhasrat meneruskan kes rogol wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo terhadap personaliti dakwah kontroversi, Ebit Lew.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew.

Katanya lagi, pihak polis sudah menjalankan siasatan namun pihak pendakwaan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan kes itu.

Untuk rekod, pada 29 September tahun lepas, polis memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes gangguan seksual dan fitnah membabitkan Ebit Lew, Mondy serta penyanyi rap, Caprice.

Pada 15 September lalu, Caprice memuat naik rakaman video yang mana Mondy dijadikan sebagai tetamu jemputan.

Rakaman itu antara lain membawa maksud bahawa plaintif melakukan gangguan seksual dan mengambil kesempatan terhadap Mondy, selain seorang yang tidak bertanggungjawab serta penunggang agama.

Pada Khamis mStar melaporkan Mondy kini sedang hamil lapan bulan.

Bagaimanapun pendedahan dibuat Mondy di TikTok miliknya mengundang pelbagai reaksi apabila tanpa segan silu mendedahkan dia hamil tanpa kehadiran seorang lelaki bernama suami.

Menerusi hantaran itu, Mondy turut berkongsi video memperlihatkan dia sedang mengusap perutnya yang semakin besar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain