suria

4 suspek pecah rumah Kieda Crepe direman, hanya barang kemas bernilai RM40,000 ditemui

Antara barangan kemas hilang dari rumah Kieda Crepe yang dipecah masuk pada 25 April.

SUSPEK kejadian pecah rumah seorang usahawan pencuci mulut Kieda Crepe disyaki telah menjual sebahagian barangan kemas yang telah dicuri.

Ia berikutan, pasukan polis hanya menemukan barangan kemas bernilai RM40,000 semasa tangkapan dibuat ke atas empat suspek di Jalan Duta, Kuala Lumpur antara pukul 9 hingga 10 pagi, Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden Zulkeflee Sulaiman berkata, kesemua yang ditahan termasuk dua wanita direman enam hari sehingga 11 Jun ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian pecah rumah pada 25 April lalu.

Ujar beliau, kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 27 tahun.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkina akan ada lagi tangkapan dibuat bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

3 Jun lalu, mStar melaporkan rumah usahawan pempengaruh Kieda Crepe atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra dipecah masuk sehingga mengalami kerugian RM800,000.

Malah usahawan tersebut menyatakan barangan kemas yang dilarikan pada 25 April lalu mempunyai nilai sentimental tinggi pada dirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Ben Amir kini sah bergelar suami