suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu bapa Zayn Rayyan direman 7 hari

Ibu bapa Zayn Rayyan direman selama seminggu.

IBU bapa kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin yang maut dibunuh pada Disember tahun lalu ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan polis.

Perintah reman sehingga 7 Jun ke atas pasangan itu dikeluarkan Majistret Azura Mohd Saad pada Sabtu pagi.

Pasangan itu tiba di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, kira-kira 8.50 pagi Sabtu selepas ditahan di Puncak Alam pada Jumaat.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan ke atas pasangan itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan, ramai terkejut 'plot twist' kes bunuh kanak-kanak autisme

Jelasnya, tangkapan ke atas dua individu berkenaan dibuat hasil risikan dan siasatan sejak hari pertama kejadian.

Untuk rekod, Zayn Rayyan, 6, ditemukan meninggal dunia di sebatang anak sungai pada malam 6 Disember, sehari selepas dia dilaporkan hilang di kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai.

Laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada 7 Disember mengesahkan kanak-kanak itu mati dibunuh kerana terdapat kesan kecederaan pada leher serta badannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain