suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dr Dzulkefly buat ‘comeback’ terajui Kementerian Kesihatan, Dr Zaliha tukar portfolio

Dr Dzulkefly pernah menjawat jawatan Menteri Kesihatan selepas PRU-14.

AHLI Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad kembali dilantik sebagai Menteri Kesihatan.

Pengumuman pertukaran kabinet itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.

Ia sekali gus mengesahkan pertukaran portfolio berkenaan yang sebelum ini disandang oleh Dr Zaliha Mustafa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini senarai penuh Kabinet baharu Kerajaan Madani

Menurut Anwar, Dr Zaliha pula bertukar portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod, Dr Dzulkefly pernah menyandang jawatan sama selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

Jawatan itu bagaimanapun diganti oleh Datuk Seri Dr Adham Baba selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri pada 2021.

Dr Zaliha pula menerajui portfolio Kementerian Kesihatan selepas Anwar membentuk kerajaan pada 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain