suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek bunuh mak ayah ada 9 rekod jenayah, ditahan dalam terowong

Suspek ditahan di Terowong Penchala.

LELAKI berusia 42 tahun yang disyaki membunuh ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur ditahan dalam tempoh dua jam 40 minit selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, suspek ditahan di Terowong Penchala Lebuhraya Sprint, kira-kira pukul 10.30 malam Sabtu.

“Suspek mempunyai sembilan rekod kes jenayah lampau berkaitan dadah.

“Suspek sebelum itu melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran rumahnya sejurus kejadian itu tetapi kita berjaya mengesannya dan menahannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi berdarah! Lelaki ditahan didakwa tikam mak ayah hingga mati

Polis menerima maklumat pukul kira-kira jam 7.45 malam daripada orang awam selepas jiran mendengar pertengkaran antara suspek dan ibu bapanya.

“Ibu bapa berusia 72 dan 82 tahun itu ditemui terbaring di atas lantai ruang tamu mereka selepas ditikam,” katanya.

Amihizam menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi polis Brickfields di 03-2297 9222, talian hotline polis KL di 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain