suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah miliki e-rokok, vape! Rakyat Malaysia didenda RM265,000 di Brunei

Lelaki itu mengaku bersalah di mahkamah kerana memiliki e-rokok dan barangan vape sebanyak ribuan unit. -Gambar hiasan/The Star

SEORANG lelaki warga Malaysia, Lee Sze Siang, 25, diarah membayar denda BND76,900 (RM265,000) kerana memiliki rokok elektrik (e-rokok) dan barangan vape seludup.

Pemangku Majistret Kanan, Dewi Norlelawati Abdul Hamid memerintahkan Lee menjalani hukuman penjara 25 bulan jika gagal membayar denda.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaji semula polisi GEG, perkenal alternatif kawal bahaya rokok

Hukuman tersebut dijatuhkan selepas lelaki itu mengaku bersalah memiliki e-rokok dan barangan vape sebanyak ribuan unit.

Pendakwaraya Syafina Abdul Hadzid memaklumkan mahkamah bahawa pegawai pencegah kastam memeriksa kereta defendan sebaik tiba di Pos Kawalan Sungai Tujoh pada petang 18 September lalu, yang membawa kepada penemuan barangan tersebut. - THE STAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain