suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis! Lelaki 40 tahun maut jatuh dari tingkat 13 bangunan hotel

Pasukan bomba menurunkan mayat lelaki yang jatuh dari tingkat 13 bangunan hotel. -Gambar JBPM

TRAGIS! Seorang lelaki berusia 40 tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 bangunan hotel di Ipoh, Perak pada Ahad.

Mayat mangsa ditemukan di tingkat enam bangunan hotel berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian, pada pukul 9.29 pagi.

Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh ke lokasi kejadian bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Operasi menurunkan mangsa telah dilakukan dan lelaki itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan," katanya.

Sabarodzi berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain