suria

Wanita ditikam guna gunting di dobi layan diri... Tergamak pula tendang, pukul mangsa

Seorang wanita ditikam dengan gunting di sebuah dobi layan diri. -Gambar Facebook

WANITA yang ditikam dengan senjata tajam di kedai dobi layan diri berhampiran Kem Sri Pantai, Seberang Takir, Terengganu, dilapor stabil.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, mangsa berusia 31 tahun cedera di belakang badan dipercayai ditikam dengan gunting.

Kejadian berlaku kira-kira 3 petang Sabtu, ketika mangsa masuk ke premis bersendirian.

"Ketika berada dalam kedai dobi berkenaan, suspek kemudian meluru masuk mengekori mangsa sebelum menikam mangsa dari belakang menggunakan gunting," katanya.

Menurut Wan Mohd Zaki, suspek turut memukul dan menendang mangsa menggunakan kaki dan tangan sebelum keluar meninggalkannya dalam keadaan kesakitan.

Suspek kemudian melarikan diri menggunakan Proton Wira kelabu yang diletakkan di hadapan kedai serbaneka 24 jam bersebelahan kedai dobi.

Beliau turut berkata, pihaknya masih mengesan suspek yang dipercayai bersembunyi selepas kejadian itu.

"Mangsa menerima rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 324/393 Kanun Keseksaan.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai dobi tersebut, suspek dipercayai menikam mangsa menggunakan gunting.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain