suria

Penumpang pesawat pengsan, mujur ada ‘doktor Barbie’ dari Malaysia! Netizen tumpang bangga, tapi corak tudung jadi tumpuan

Dr Syazwani membantu seorang penumpang yang pengsan dalam penerbangan dari Istanbul ke Kuala Lumpur.

SYARIKAT penerbangan Turkish Arilines menzahirkan ucapan penghargaan buat seorang doktor Malaysia yang menyelamatkan penumpang di dalam sebuah pesawatnya, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di laman X, pengendali media sosial Turkish Airlines berkata kejadian itu berlaku ketika Dr Syazwani menaiki pesawat mereka, dalam penerbangan dari Istanbul ke Kuala Lumpur.

"Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Syazwani, wira sejati dalam penerbangan kami dari Istanbul ke Kuala Lumpur.

"Apabila rakan penumpang pengsan, Dr Syazwani datang menyelamatkan. Kami amat berbangga dengan keberanian dan belas kasihannya," ujar Turkish Airlines dalam hantaran pada awal pagi Jumaat.

Terdahulu, seorang penumpang dikenali sebagai Mohsen Alkaff berkongsi foto kejadian itu menerusi laman X sehingga ia menerima perhatian netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor baru join TikTok disangka ‘Mat Bangla’ walau ada lebih setengah juta followers, dianggap bisu sebab video ‘tunjuk-tunjuk’ - “Baca komen boleh koyak”

"Saya menaiki penerbangan Turkish Airlines pulang ke Kuala Lumpur dari Istanbul. Seorang wanita tua Turki pengsan akibat tekanan darah tinggi.

"Seluruh pesawat panik sehingga seorang doktor Malaysia, Dr Syazwani datang untuk menyelamatkan. Sungguh berbangga dengan Dr Syazwani," tulisnya.

Selain menerima pujian netizen atas jasa baiknya, ramai yang turut meninggalkan komen tentang penampilan menarik pegawai perubatan itu yang menggayakan tudung bercorak logo Barbie.

"Barbie ini adalah doktor yang sebenar.

"Dengan tudung yang bercorak Barbie? Hebat.

"Saya suka tudung Barbie," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain