suria

Hujan berterusan... 14 sungai di Selangor, Johor dan Pahang lepasi paras bahaya

14 sungai di tiga negeri telah melepasi paras bahaya berikutan hujan lebat sejak Isnin.

PARAS air 14 sungai di seluruh Selangor, Johor dan Pahang telah mencapai paras berbahaya berikutan hujan berterusan sejak Isnin malam.

Data Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS) menerusi portal info awam banjir menunjukkan paras air Sungai Sompo di Hulu Langat, Selangor mencatatkan bacaan 32.29 meter manakala Sungai Pukin di Rompin, Pahang mencatatkan bacaan 46.59 meter.

Di Johor, 12 sungai mencecah paras berbahaya.

12 sungai tersebut merupakan Sungai Segamat (38.32 meter), Sungai Labis (41.27 meter) dan Sungai Lenik (7.67 meter) di Segamat; Sungai Kahang di Kluang (16.71 meter); Sungai Siam (21.53 meter), Sungai Siku (18.77 meter), Sungai Skudai (19.06 meter) dan Sungai Ulu Pontian Besar (12.69 meter) di Kulai; Sungai Pulai (2.92 meter) di Pontian; Sungai Johor di Kota Tinggi (2.86 meter); serta Parit Keliling (1.03 meter) dan Sungai Skudai di Johor Bahru (5.79 meter).

Pada 26 Februari lepas, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di kebanyakan bahagian Semenanjung Malaysia, serta kawasan tertentu di Sabah dan Sarawak.

Ia berkata ramalan hujan berterusan adalah di Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dari Selasa hingga Rabu. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain