suria

Raba dari belakang ketika beli sarapan... Lelaki 58 tahun ditahan kerana cabul polis wanita

Suspek ditahan kerana mencabul seorang polis wanita, Khamis lalu.

SEORANG lelaki warga Indonesia berusia 58 tahun ditahan kerana didakwa mencabul anggota polis wanita di medan selera di AU5 Lembah Keramat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis wanita berusia 30 tahun itu sedang membeli makanan di medan selera kira-kira pukul 10.55 pagi Khamis sebelum menyedari seorang lelaki meraba-rabanya dari belakang.

“Dia (mangsa) bertanya dengan lelaki warga Indonesia itu tetapi dia menafikannya.

“Sebaliknya, suspek yang sedang bersarapan bersama isterinya menyalahkan anggota polis kerana berdiri di ruang sempit,” katanya ketika dihubungi.

Anggota polis lain yang dimaklumkan pergi ke tempat kejadian dan menahan suspek kira-kira 12.45 tengah hari pada hari yang sama.

“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut,” katanya. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain