suria

Penjawat awam dapat Bantuan Khas Aidilfitri RM700, pesara terima RM350

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri akan memanfaatkan penjawat awam. -Gambar hiasan

BERITA baik untuk penjawat awam apabila kerajaan memutuskan supaya Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dinaikkan kepada RM700.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bayaran akan dibuat pada bulan April 2023.

"Dalam kita melangkah ke bulan Ramadan serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak 700 ringgit kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah.

"Ia termasuk lantikan kontrak selain 350 ringgit juga akan disalurkan kepada pesara Kerajaan," katanya.

Perkara itu diumumkan oleh Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2023, pada Jumaat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain