suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

M40 kini boleh tarik nafas lega, cukai pendapatan dikurangkan... Tapi golongan ‘maha kaya’ kena bayar lebih

Golongan M40 mendapat manfaat apabila kerajaan setuju menambah pendapatan boleh guna melalui pengurangan kadar cukai pendapatan. -Gambar hiasan

KUMPULAN pertengahan, M40 yang sebelum ini menunjukkan kesabaran walaupun terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup turut mendapat manfaat menerusi Belanjawan 2023 Malaysia Madani.

Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, kerajaan bersetuju menambah pendapatan boleh guna M40 melalui pengurangan kadar cukai pendapatan individu yang memberi lebih manfaat kepada golongan ini.

"Bermula 2023, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak dua peratus melibatkan setiap banjaran pendapatan lebih RM35,000 hingga RM100,000," katanya," Jumaat.

Anwar berkata pengurangan ini dijangka memberikan kira-kira 2.4 juta pembayar cukai dengan lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300.

"Seperti mana telah saya jelaskan, kerajaan akan mengambil pendekatan yang progresif.

"Sementara M40 mendapat manfaat daripada pengurangan kadar cukai, kerajaan akan menaikkan kadar cukai bagi mereka yang berpendapatan tinggi antara 0.5 sehingga dua peratus melibatkan setiap banjaran pendapatan lebih RM100,000 hingga RM1 juta," katanya.

Anwar ketika pembentangan turut memaklumkan dengan langkah ini kurang daripada 150,000 pembayar cukai akan dikenakan cukai yang lebih tinggi sambil menyebut golongan sebagai 'maha kaya'.

Pendekatan ini melibatkan pengurangan hasil cukai bersih kerajaan sebanyak RM900 juta untuk manfaat rakyat khususnya M40.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain