PEMBUNUHAN warga Malaysia Chong Kai Wong di Bathurst, New South Wales, Australia ternyata meraih perhatian media negara itu. Mayat lelaki berusia 24 tahun itu dijumpai pada Ahad, ketika siasatan satu sindiket dadah sedang dilakukan polis Australia. ARTIKEL BERKAITAN: Misteri kehilangan lelaki Malaysia terungkai, rupa-rupanya mati dibunuh di Australia Wong berada di Australia dengan visa percutian, tetapi sebenarnya bekerja sebagai "penjaga tanaman" untuk kumpulan jenayah Asia Tenggara yang menanam ganja, lapor The Sydney Morning Herald. Wong dipercayai menjaga sehingga 1,000 pokok di tapak itu. Dia didakwa dibunuh kerana pertikaian mengenai wang dengan ahli geng tersebut. Mereka didakwa menaman ganja di kawasan terpencil, kira-kira 40 kilometer (km) dari Bathurst untuk kumpulan jenayah Asia Tenggara. Chong dipercayai meninggal dunia antara 25 Disember 2020 dan 8 Januari 2021. Mayatnya ditemui lima hari selepas penahahan tiga lelaki berusia 33, 22 dan 28 tahun yang dipercayai ada kaita dengan kematiannya. Selepas Wong hilang, Junqi Huang, 33, yang didakwa sebagai salah suspek pembunuhannya cuba memeras wang daripada keluarganya dengan menawarkan maklumat tentang keberadaan Wong. Keluarga Wong, yang berpangkalan di Malaysia, bagaimanapun enggan membayar dan menyatakan kekesalan atas dakwaan pembunuhannya. Dua lagi yang ditahan ialah Yilin Liu, 22, dan Youzong Chen, 28. Pemeriksaan forensik dan ujian DNA akan dilakukan ke atas mangsa. - The Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI