suria

Misteri kehilangan lelaki Malaysia terungkai, rupa-rupanya mati dibunuh di Australia

Mangsa menetap di Sydney sejak 2016 tetapi tidak berhubung dengan keluarganya sejak 28 Disember 2020.

MAYAT dipercayai milik seorang lelaki warga Malaysia ditemui berhampiran Bathurst di New South Wales, Australia pada Ahad.

Mayat yang dipercayai milik "Jacky" Chong Kai Wong ditemui kira-kira pukul 3.30 petang selepas penyiasat memulakan pencarian di kawasan luar bandar di Killongbutta.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-Kanak Lelaki, Nenek Mati Dibunuh

Chong dipercayai meninggal dunia antara 25 Disember 2020 dan 8 Januari 2021.

Pihak berkuasa berkata, mayat itu akan menjalani pemeriksaan forensik dan ujian DNA untuk mengesahkan identitinya, lapor 9news Australia.

Pada 2021, pasukan petugas polis yang menyiasat kes sindiket dadah mendapati warga Malaysia berusia 24 tahun itu hilang.

Tiga lelaki, berusia 33, 22 dan 28 tahun didakwa pada akhir Mac berhubung kematian Chong, lapor The Australian.

Chong menetap di Sydney sejak 2016 tetapi tidak berhubung dengan keluarganya sejak 28 Disember 2020.

Keluarganya memberitahu polis mereka percaya Chong mungkin bekerja di New South Wales sebelum kehilangannya. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain