suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Agong, Raja Permaisuri jalani kuarantin selepas sah positif Covid-19

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini sedang menjalani kuarantin di Istana Negara. Foto: Bernama

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah hanya menunjukkan gejala ringan.

ARTIKEL BERKAITAN: “I miss my son” - Raja Permaisuri Agong luah rasa rindu ketika lalui tempoh kuarantin

"Kesihatan Seri Paduka berdua secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan," katanya.

Beliau menambah bahawa tempoh kuarantin Al-Sultan Abdullah akan berakhir pada 7 April, manakala Tunku Azizah pada 8 April.

Ahmad Fadil menambah, bersempena Ramadan, Al-Sultan Abdullah bertitah kepada rakyat supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kawalan kendiri walaupun negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik Covid-19 pada 1 April.

Ahmad Fadil berkata, seluruh rakyat juga diseru untuk bersama mendoakan Seri Paduka berdua dikurniakan kesembuhan segera serta dikurniakan keafiatan yang berpanjangan. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain