suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cubaan wanita positif Covid-19 mengundi gagal, dikompaun RM1,000

Pengundi positif Covid-19 yang hadir untuk membuang undi dikompaun RM1,000. - Gambar FMT

BERSEMANGAT untuk membuang undi, seorang wanita yang masih dalam tempoh kuarantin selepas dijangkiti Covid-19 dikompau RM1,000 kerana hadir ke pusat mengundi di Dewan Kampung Melayu Majidee, Johor pada Sabtu.

Tindakan penguatkuasaan itu dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru selepas mendapati aplikasi Mysejahtera milik wanita berusia 30an itu menunjukkan tanda merah semasa pemeriksaan dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Johor: Jom undi! 1,021 pusat mengundi dibuka

ARTIKEL BERKAITAN: SPR umum Undi 18 sudah diwarta, mula berkuat kuasa 15 Disember

Difahamkan, dia tampil untuk membuang undi bagi DUN Larkin susulan negeri itu sedang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Memetik laporan FMT, wanita berkenaan mendakwa dia tidak mengetahui bahawa individu yang masih menjalani kuarantin setelah disahkan positif Covid-19 dilarang hadir membuang undi.

Malah, wanita itu turut menyatakan mendapat maklumat berkaitan daripada orang terdekatnya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 7 Mac lalu mengeluarkan SOP PRN semasa hari mengundi.

Di bawah seksyen aktiviti dan protokol, SPR menyatakan pengundi yang positif Covid-19 semasa hari mengundi tidak dibenarkan keluar dari tempat mereka sedang menerima rawatan untuk mengundi.

Ia berikutan, pesakit masih dalam rawatan dan sememangnya masih berjangkit dan boleh menyebabkan penularan jangkitan kepada orang lain selagi mana masih dalam rawatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia