suria

Terima kasih dunia gimnastik! Farah Ann ucap selamat tinggal selepas 25 tahun

Hantaran di Instagram Farah Ann pada Sabtu.

RATU gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi sedia ucapkan selamat tinggal selepas bergelumang selama 25 tahun dalam dunia sukan itu.

Menerusi hantaran di laman Instagramnya itu, teka-teki sama ada dia mahu bersama pasukan kebangsaan akhirnya terjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Jika dulu bermain patung Barbie, kini ratu gimnas Farah Ann teruja dirinya boneka edisi khas kempen global

"25 tahun yang lalu seorang gadis kecil membuat keputusan untuk menyertai dunia gimnastik yang penuh cabaran. Kerana minat mendalam, saya memulakan perjalanan sebagai atlet yang akhirnya menjadikan sukan gimnastik sebati dengan diri saya.

"Kini selepas 25 tahun menceburi sukan ini, saya akhirnya bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal.

Farah Ann memuat naik gambar kenangannya semasa awal pembabitan sebagai atlet gimnas.

Farah Ann memuat naik gambar kenangannya semasa awal pembabitan sebagai atlet gimnas.

"Apa yang boleh saya katakan adalah terima kasih untuk semua kenangan dan pengalaman indah yang saya alami sepanjang menjadi atlet gimnastik. Kepada semua orang yang saya temui sepanjang perjalanan, atas segala bimbingan, kasih sayang dan sokongan, terima kasih. Ia adalah perjalanan seumur hidup dan saya sudah memberikan yang terbaik, perasaan, semangat dan dedikasi saya," katanya yang dipetik dari laman Instagramnya pada Sabtu.

Status pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu sebelum ini menjadi tanda tanya apabila belum memberikan sebarang perkembangan termasuk surat persaraan kepada Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF).

Aksi Farah Ann dalam salah satu kejohanan yang disertainya.

Aksi Farah Ann dalam salah satu kejohanan yang disertainya.

Malah menurut Setiausaha Kehormat MGF Afrita Ariany Nasril, Farah Ann masih tersenarai untuk Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada 12 hingga 23 Mei depan. - Sinar harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain