suria

Angka harian Covid-19 catat peningkatan, rekod 5,403 kes baharu

Malaysia merekodkan 5,403 kes baharu Covid-19.

SEBANYAK 5,403 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa.

Angka terbaharu itu menunjukkan peningkatan berbanding jumlah kes yang dicatatkan pada Isnin iaitu 4,543 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Naik sedikit... Malaysia catat 4,543 kes baharu Covid-19

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,516,255 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan bahawa maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow, https://covidnow.moh.gov.my

"Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," tulis beliau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM, CovidNow

Artikel Sebelum

Artikel Lain