suria

Kadar vaksinasi paling rendah, Kelantan rekod penularan Covid-19 tertinggi

KELANTAN merekodkan penularan Covid-19 tertinggi di negara pada Isnin

KELANTAN merekodkan penularan Covid-19 tertinggi di negara ini dengan 820 kes dilaporkan pada Isnin.

Peningkatan itu melebihi dua kali ganda kes berbanding hari sebelumnya iaitu 376 kes.

Negeri tersebut turut mencatatkan kadar vaksinasi lengkap yang rendah iaitu 58.8 peratus.

Negeri kedua yang mencatatkan jangkitan paling tinggi di Malaysia adalah Selangor dengan 809 kes, disusuli Sarawak 385 kes, Sabah (364), Kedah (325), Pahang (273), Pulau Pinang (256), Terengganu (210) dan Perak (208).

Sebanyak 4,543 kes dilaporkan pada Isnin dengan jumlah kumulatif, 2,510,852 kes.

Sementara itu, menerusi laman sesawang CovidNow, terdapat pertambahan 58 kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian adalah 29,349.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mencatatkan sebanyak 61,760 kes aktif di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, sebanyak 48,042 kes atau 77. 8 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 7,698 kes atau 12.5 peratus ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Terdapat 5,486 kes atau 8.9 peratus sedang menerima rawatan di hospital iaitu seramai 271 pesakit atau 0.4 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 263 kes lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu seramai 24,604,953 atau 75.3 peratus populasi telah lengkap menerima suntikan vaksin dan 933,666 individu lagi atau 2.9 peratus belum lengkap vaksinasi.

Sebanyak 58,395 dos penggalak diberikan menjadikan jumlah keseluruhannya, 565,629 dos.

Seramai 2,390,929 atau 76.0 peratus golongan usia 12 hingga 17 tahun telah lengkap vaksinasi dan 328,568 (10.4 peratus) masih belum lengkap dos suntikan. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

kelantan, covid-19, kes harian, vaksinasi,

Artikel Lain