suria

Naik sedikit... Malaysia catat 4,543 kes baharu Covid-19

Kes harian Covid-19 pada Isnin menyaksikan peningkatan berbanding Ahad.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 4,543 kes baharu, pada Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan keseluruhan 2,510,852 kes setakat ini.

Kes baharu itu menunjukkan peningkatan berbanding 4,343 kes harian pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Angka terus menurun, 4,343 kes baharu

Menurut Dr Noor Hisham, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow.

Data setiap hari bagi laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain