suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sempadan Malaysia-Singapura akan dibuka semula mulai 29 November, guna laluan perjalanan khas KLIA-Changi

Malaysia dan Singapura akan membuka sempadan kedua-dua negara melalui laluan perjalanan vaksinasi antara KLIA dan Changi. foto Bloomberg

MALAYSIA dan Singapura akan membuka semula sempadan bersama kedua-dua negara selepas lebih setahun, menerusi Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) khas antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Changi mulai 29 November ini.

"Memandangkan terdapat progres yang signifikan dicapai oleh kedua-dua negara dalam memvaksin populasi masing-masing dan menguruskan pandemik Covid-19, Perdana Menteri bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk membuka semula perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara secara progresif, dengan cara yang selamat.

"Malaysia dan Singapura akan melancarkan VTL antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Changi bermula 29 November," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong dalam satu kenyataan bersama pada Isnin.

Kedua-dua Perdana Menteri itu mengakui bahawa Covid-19 telah menjejaskan hubungan rakyat dengan rakyat antara kedua-dua negara dan memisahkan keluarga selama beberapa bulan.

Di bawah VTL, pelancong yang lengkap divaksin akan dapat melakukan perjalanan antara Singapura dan Malaysia, dan tertakluk kepada ujian Covid-19, tanpa perlu menjalani kuarantin atau Notis Tinggal Di Rumah (SHN).

Sempadan kedua-dua negara itu ditutup sejak 18 Mac 2020. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain