suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Waspada! Fenomena air pasang besar bermula minggu hadapan

Orang awam diingatkan untuk menyimpan semua dokumen penting di tempat selamat serta mudah diambil sekiranya berlaku kejadian banjir.-gambar hiasan/foto:BERNAMA

AIR pasang besar dijangka berlaku bermula 3 hingga 7 November depan kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Datuk Amirul Azizan Abd Rahim.

Sehubungan itu orang awam dilarang memasuki kawasan peranginan pantai di daerah Kuala Langat, Selangor sepanjang fenomena air pasang besar dan peralihan monsun timur laut yang bermula minggu depan.

Menurutnya, MPKL akan menggerakkan petugas bagi membuat pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan terlibat.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota bomba hampir lemas ketika bantu mangsa banjir meninggal dunia

"Antara kawasan yang dijangka berlaku limpahan air seperti Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Taman Harmoni Morib, Istana Bahagia Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjung Sepat.

"Justeru itu MPKL akan menutup kawasan peranginan pantai dan kemudahan-kemudahan awam seperti medan selera dan kiosk di Pantai Kelanang, Pantai Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjung Sepat," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, hujan lebat dan angin kencang secara serentak bersama air pasang besar boleh menyebabkan risiko berlakunya kejadian banjir yang lebih buruk.

Tambahnya lagi, beliau turut mengingatkan orang awam yang tinggal di pesisir pantai menyimpan semua dokumen penting di tempat selamat serta mudah diambil sekiranya berlaku kejadian banjir.

"Orang ramai khususnya penduduk di daerah diingatkan agar tidak mendekati atau memasuki serta tidak menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh yang ditetapkan memandangkan semua kawasan peranginan pantai yang terlibat akan ditutup sepenuhnya," katanya. -SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain