suria

Mohammadin tinggalkan Warisan, umum status MP dan Adun bebas

Mohammadin akan menjadi wakil rakyat bebas gabungan Gabungan Rakyat Sabah.-foto:THESTAR

DATUK Mohammadin Ketapi memberitahu beliau akan menjadi wakil rakyat bebas gabungan Gabungan Rakyat Sabah.

Tambahnya, sebagai Ahli Parlimen Silam, beliau akan kekal sebagai ahli parlimen pembangkang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Segama bebas tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

Bagaimanapun beliau bersedia menyokong kerajaan persekutuan dalam perkara yang menguntungkan rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dewan Rakyat ‘meriah’ dengan warna... Ahli Parlimen segak, anggun gayakan baju batik

Mohammadin meninggalkan parti Warisan yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan 19 Adun dan tujuh Ahli Parlimen.

Ia merupakan tamparan kedua bagi Warisan bulan ini selepas Adun Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob meletak jawatan pada 8 Oktober lalu.

Pemimpin politik yang berusia 64 tahun ini memberitahu langkahnya adalah untuk membantu membawa pembangunan di kawasan Segamanya yang masih mundur dan tidak maju.

"Segama tidak mempunyai kemudahan tandas awam pun. Duduk sebagai pembangkang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat kawasan saya," kata Mohammadin, yang sudah berbulan-bulan diramalkan untuk keluar parti.

Katanya, pada pilihan raya negeri 26 September tahun lalu, beliau pernah berjanji untuk menjadikan Segama sebagai mukim tetapi tidak dapat berbuat apa-apa sebagai sebahagian daripada pembangkang.

Bekas menteri pelancongan itu berkata bahawa beliau telah bercakap dengan Shafie mengenai hasratnya dan menambah bahawa beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada parti.

Beliau berterima kasih kepada Shafie kerana membawanya ke Warisan untuk berkhidmat kepada parti dan rakyat, sambil menambah parti itu menang semasa pilihan raya umum 2018 dan mengambil alih kerajaan negeri.

"Kami memenangi semua empat kerusi DUN di Lahad Datu," katanya sambil menambah keputusan Shafie untuk membawanya ke Warisan adalah tepat kerana ia membantu prestasi parti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 dan pilihan raya negeri mengejut 2020.

Mohammadin terkenal sebagai kontroversi selama ini dan telah mengundang kritikan kerana pelbagai kenyataannya selama ini sebagai menteri, ahli parlimen dan wakil rakyat. - THESTAR

Artikel Lain