suria

"Pilih syarikat pinjaman wang berlesen, bukan Ah Long" - Bukit Aman nasihat golongan tak layak pinjam bank

Polis menasihati orang awam untuk memilih syarikat pinjaman berlesen.

ORANG ramai yang tidak berkelayakan untuk meminjam daripada bank dinasihatkan untuk memilih syarikat pemberi wang berlesen dan mengelak daripada meminjam daripada Ah Long.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din dalam satu temubual eksklusif bersama mStar berkata, isu Ah Long yang telah menyebabkan negara kerugian lebih lapan juta dalam tempoh kurang dua tahun ini boleh diselesaikan sekiranya orang ramai berhenti daripada meminjam dari sindiket ini.

ARTIKEL BERKAITAN : [VIDEO] Awas! Ah Long makin ganas... 'godam' telefon peminjam, data peribadi umpan diugut

ARTIKEL BERKAITAN : Dibuang keluarga, dimalukan hingga reputasi tercalar... peritnya hidup mangsa aplikasi Ah Long

ARTIKEL BERKAITAN : Ah Long berselindung di sebalik keldai akaun, upah orang buat kerja kotor

Selain tidak sistematik, sindiket Ah Long ini juga katanya, mengenakan kadar faedah yang amat tinggi.

Menurut Kamarudin, Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 menetapkan bahawa kadar faedah yang dibenarkan bagi pinjaman dengan cagaran adalah 12 peratus setahun manakala bagi pinjaman tanpa cagaran pula sebanyak 18 peratus setahun.

“Bila mereka buat pinjaman dengan Ah Long ada yang secara dalam talian, peminjam tidak akan kenal dengan pemberi pinjaman, bila apa-apa berlaku dan mereka buat laporan polis, ini akan menyukarkan kami untuk menyiasat serta mengumpul bukti-bukti kukuh untuk dibawa ke mahkamah.

“Berbanding kalau ada hitam putih contohnya kalau pinjam dengan pemberi pinjaman berlesen kemudian mereka tiba-tiba menaikkan kadar faedah, sekiranya lapor pada kami atau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) (kementerian yang mengeluarkan lesen kepada syarikat pemberi pinjaman), pemberi pinjaman terbabit boleh diambil tindakan termasuk pembatalan lesen mereka,” katanya.



Kamarudin berkata orang awam perlu tau hak-hak mereka sebagai peminjam.

Tambah Kamarudin, peminjam juga perlu sedar akan hak-hak mereka sebagai pemohon pinjaman.

“Mereka yang biasa dapatkan khidmat Ah Long ini sebenarnya dalam kalangan yang tidak ada kelayakan untuk buat pinjaman dengan bank, tapi itulah sebab kerajaan beri kebenaran pada KPTK untuk wujudkan premis pinjaman berlesen, supaya mereka yang tak layak pinjam di bank sebab gaji dan sebagainya boleh pinjam di situ.

“Tapi peminjam perlu tahu hak-hak mereka seperti kemudahan untuk buat semakan (pada surat perjanjian) terlebih dahulu, tidak ada unsur pembayaran sebab kita boleh tolak dari jumlah pinjaman dan hanya tiga jenis yuran yang dibenarkan, duti stem (0.05 peratus daripada wang pinjaman), wang proses dan yuran proses, kadang-kadang mereka nak tipu mereka kata kena bayar legal fee,” kongsinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain