suria

Bajet 2022: 400,000 guru terima insentif bahan mengajar RM100

Pemberian insentif kepada guru yang menyediakan bahan mengajar tambahan kepada murid-murid semasa tempoh pandemik.

GOLONGAN guru turut diberikan perhatian dalam pembentangan Bajet 2022 menerusi pemberian insentif sebanyak RM100.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sewaktu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), guru memainkan peranan mereka dalam memastikan setiap anak murid tidak tercicir daripada mendapat pendidikan formal.

"Sebagai menghargai jasa guru yang menyediakan bahan mengajar tambahan kepada murid-murid semasa tempoh pandemik, bajet ini buat pertama kalinya menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100," katanya di Parlimen, petang Jumaat.

Beliau berkata, insentif tersebut akan memanfaatkan lebih 400,000 guru sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain