suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berita baik! Seramai 1.3 juta penjawat awam dapat bantuan khas RM700

Kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.

BERITA baik buat penjawat awam dan pesara kerajaan apabila kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan menerusi pembentangan Bajet 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan itu bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini,

"Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700 dan satu juta pesara Kerajaan sebanyak RM350.

"Diharapkan bantuan ini dapat menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi," katanya.

Beliau berkata, Bantuan Khas Kewangan tersebut membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.3 bilion.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia