suria

Bajet 2022 : 3 juta murid terima RM150 bantuan awal persekolahan

Tiga juta murid terima RM150 seorang.

KERAJAAN menyediakan pelbagai inisiatif bagi sektor pendidikan di bawah Bajet 2022.

Menerima peruntukan terbesar bajet 2022 iaitu sebanyak RM52.6 bilion, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sejumlah RM450 juta telah diperuntukkan untuk bantuan awal persekolahan bagi sejumlah tiga juta pelajar.

Katanya, setiap pelajar bakal menerima RM150.

"Bagi tahun 2022, Kerajaan bersetuju untuk menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 iaitu meningkat berbanding RM100 sebelum ini.

“Tahun depan, sejumlah RM1 bilion akan disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah,” katanya.

Peruntukan ini melibatkan sekolah kebangsaan, agama, tahfiz dan sekolah pondok berdaftar.

Daripada jumlah itu, beliau berkata RM120 juta telah diperuntukkan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan bagi 1,800 sekolah vernakular Tamil dan Cina.

Sekolah usang menerima peruntukan RM746 juta untuk kerja naik taraf, yang melibatkan 330 projek, termasuk 112 sekolah di Sabah dan 165 di Sarawak.

Di bawah program makan percuma sekolah, RM400 juta diperuntukkan untuk menyediakan susu percuma setiap hari, manakala RM50 juta diperuntukkan untuk meningkatkan agenda pendidikan di sekolah berkeperluan khas, seperti membeli peralatan mengajar, menambah baik kemudahan dan membina lapan blok pendidikan berkeperluan khas di Sekolah Menengan Kebangsaan (SMK) Tuanku Lailatul. Shahreen, Perlis dan SMK Agama Alor Gajah, Melaka.

“Bayaran sekali sahaja sebanyak RM100 akan diberikan kepada lebih 400,000 guru di bawah Insentif Khas Bahan Bantu Mengajar,” katanya. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain